YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. Harini adalah birthday isteri ku yang di sayangi. Happy birthday buat isteri ku yang ke-24. Minta maaf lah harini marah-marah dalam kereta sampai ayg pun terasa. Mana tak nya, marah kat orang lain yang dengar isteri kat sebelah. Yang mendegar tu orang sebelah. Minta maaf lah ayang. Abg usaha lagi jadi seorang yang sabar untuk diri abg dan ayang.

Minta maaf bagi hadiah yang paling teruk untuk tahun ini. Nanti kita g parkson ye. Cari beg baru untuk ayang..

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama rasanya tak menulis. Biasalah orang nak ada blog kita pun nak ada. Hahahaha. Tak per lah perlahan-lahan insya Allah sampai jugak. Hari ni nak kongsi skit satu fasal dari banyak fasal dalam syiar islam.

Baru je lepas menyambut ihtifal Saiyidi Ibrahim al-Quraisy ad-Dusuki. Bagi aulia hari wafat itu adalah hari kelahiran ke alam kekal abadi. Disana tidak ada lagi ada hal melainkan menunggu hari besar. Tujuan sebenar menyambut maulid pada anbia, aulia dan ahlil bait ini kerana cintakan AHLI Saiyidina Rasulullah S.A.W. Memang dituntut oleh Saiyidina Rasulullah S.A.W untuk kita mencintai AHLI baginda. Jadi Ihtifal asyura ini disambut secara besar-besaran atas dasar menyambut kelahiran Saidina Hussain R.A ke alam yang kekal abadi. Ini menolak terus sama sekali yang mendakwa bahawa mengagungkan seorang wali yang mulia lebih atau sama dengan Allah. Kerana ini adalah tanda bahawa aulia itu adalah makhluk Allah.

Sebelum ini tak pernah pun aku tahu pasal sambut maulid bagi para aulia ni. Maulid Saiyidina Rasulullah pun main ikut sambut je. Tapi tujuan kita menyambut maulid ke, nuzul Quran ke atau apa-apa sambutan dalam islam adalah kerana meyambut Saiyidina Rasulullah.Tak ada lain. Kerana cinta pada Saiyidina Rasulullah S.A.W dan Allah S.W. T adalah cinta adalah cinta yang sebenar-benarnya. Jadi ihtifal asyura ini pun kerana kecintaan pada Ahli Saiyidina Rasulullah S.A.W.

Banyak amalan yang boleh dilakukan pada ihtifal asyura ini. Seperti majlis zikr, puasa dan lain-lain lagi. Tapi intipati dalam menyambut maulid atau ihtifal ini adalah kerana kecintaan kita pada AHLI Saiyidina Rasulullah S.A.W. Tanpa insan junjungan Saiyidina Rasulullah S.A.W siapa lah kita. Mari kita sambut ihtifal asyura Saiyidina Hussain ini dengan penuh kemaafan dan amalan-amalan yang mulia agar kita juga tergolong dalam AHLI Saiyidina Rasulullah S.A.W.

Wallahualam...

Assalaamualaikum dan salam sejhatera.... Syukur pada ilahi...Masih dikurniakan kehidupan agar sempat bertaubat atas kezaliman yang dilakukan di dunia ini. Dalam bulan lepas ada dua pemergian saudara ku dan rakan ku. Yang sepupuku sempat aku ikut dar awal sehingga aku sendiri mengangkat arwah ke dalam liang lahad.

Pengalaman pertama ku dalam melihat jenazah terkujur kaku. Ini jenazah yang ketiga aku melihat secara live.
Selama ni duk cakap pasal mati. Tetapi setelah hari-hari yang ku lalui selepas masuk kedalam liang lahad memberi impak besar dalam kehidupan aku. Alhamdulillah, Allah masih meberi peluang kepada ku untuk berfikir mengenai kematian yang pasti bagi setiap makhluk bernyawa.

Disini ingin aku kongsi apakah persoalan yang selalu timbul dalam fikiran aku:
Sudah bersediakah aku untuk menghadapi kematian?

Tapi bersedia atau tidak kematian itu pasti pada yang hidup. Aku tak ada tempat lain untuk berharap melainkan Allah dan Saiyidina Rasulullah S.A.W yang dicintai.....Alhamdulillah aku salah seorang dari umat saiyidina Rasulullah S.A.W yang mendapat nikmat Islam. Kalo tidak apa pun aku tak tahu. Syukran ya Habibullah..

Assalaamualaikum dan salam sejahtera.. Pertama sekali ingin ku memanjatkan kesyukuran ku kepada empunya segala syukur..Allah s.w.t.. Selawat dan salam atas insan junjungan yang dikasihi saiyidina wa habibina wa shafiina wa maulana Rasulullah s.a.w..Kerana baginda lah baru dapat aku mengecapi nikmat beragama islam..

Dah 2 tahun bersama isteri menyambut ramadhan al- Kareem. Bulan yang penuh kenikmatan, bulan yang dilimpahi nikmat-nikmat beramal hanya semata-mata ingin mencari redho Allah s.w.t. Dalam sedar mahupun tidak. Aku telah sampai pada 17 ramadhan. Pada bulan-bulan lain tak terkecapi nikmat beramal seperti ini. Namun aku masih lagi lalai dengan apa yag ada disekeliling.

Walaupun lalai, Alhamdulillah masih terdetik di hati ni nak berubah dan terus berudah dalam mencari redho Siayidina Rasulullah dan Redho Allah s.w.t. Harapanku moga bertambah-tambah lah semangat dan azam untuk menjadi lebih baik dalam mencari redho Allah S.W.T. Ameen. Masih sempat selagi belum sampai ajal.

Assalaamualaikum w.b.t...Selamat menyambut ramadhan al-karim...moga bulan yang mulia ini dapat menjadi bulan tarbiah pada diri saya dan umat-umat islam sekalian. ameen. Emm sebenarnya post ni ada lah untuk cbr yang di test drive mlm tadi di restoran wadi al-nile. Sembang dengan abg yunus, abg ismail dan abg am ( sepupu abg yunus). Sambil minum syai pudina susu.

Banyak jugak ilmu berkaitan sukan motosikal berkuasa tinggi. Sembang punya sembang tetiba abg am suh aku try drive CBR 250 dia. Aper lagi dalam hati ni duk berbelah bagi lagi. Nak bawak @ tak nak bawak. Malu punya pasal sambung balik bersembang. Apa pun review seorang yang berpengalaman dalam superbike ni, cbr ni tak laju, tak power, lajak tak dak ( jalan straight 150kmj limit ) tapi satu je ayat dia yang tak leh tahan. Walaupun CBR ni tak laju tapi best. Huhuhuhu. Semakin membara la nak test drive ni. Citer lagi abg am ni, kalo moto power sekali pun itu moto punya pergi ( kekuatan moto la ) belum rider punya pergi ( makna skill rider pun penting jugak ). Abg am kata memang CBR ni dicipta untuk handling yang baik.  Harga pun murah dari KAWASAKI NINJA 250. RM 18k+ tapi berbaloi pakai. Huhuhuhu.

Last-last dah keje dok citer pasal moto je, aku terus test drive lah. Pusing area kedai makan tu. Rupa-rupanya memang best moto ni. Rilex je, ringan pun ringan. Maka timbul lah niat di hati nak rembat satu. Hehehehe. Tapi kene tunggu keadaan kewangan mengizinkan lah. Huuhuhuhu. Pada pendapat saya, kawan-kawan yang baru nak berjinak-jinak dengan superbike ni saya rasa CBR 250 ni sesuai la kalo nak belajar. Persedian sebelum bawak moto yang CC dan HP yang lebih besar. Suker benar aku dengan superbike ni.

hehe. ok tu je review tak dapat pakai pun dah test drive tu kira ok lah. Alhamdulillah.
wasalam.

Assalaamualaikum. Alhamdulillah. Dalam kesibukkan masa, sempat lagi menulis blog. Betul kata Bujang, sambil-sambil berblog sambil-mengingati sesama saudara islam. Dengan kesibukan masa kini jangan kita lupakan perkara-perkara yang nampaknya kecil tetapi selalu kita terlupa.Untuk menjadi waga negara pun ada rukunya. Inikan lagi ISLAM wajib bagi orang yang mukallaf( Islam, Baligh dan Waras ) mengikut apa yang telah di sampaikan Saiyidina Rasulullah S.A.W.

Rukun Islam ada 5 Perkara:
1.Mengucap Dua kalimah Syahadah
2. Solat sehari 5 waktu
3. Berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak
4. Berzakat
5. Menunaikan Haji jika berkemampuan.

Seterusnya Rukun Iman. Yang di ikat dan di semat di qalbu seorang muslim.

Rukun Iman ada 6 perkara
1. Beriman kepada Allah taa`la
2. Beriman kepada Malaikat-Malaikat
3. Beriman kepada Kitab Allah
4. Beriman kepada Rasul-Rasul
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada dan Qadar

Hehehe. Tak rugi pun kalo kita memperingati antara satu sama lain. Ya Allah berikan kami hidayah dan jadikanlah kami sebagai sebab untuk di beri hidayah.ameen.
Wallauha`lam.

Assalaamualaikum. Alhamdulillah, masih ada lagi kat depan komputer ni. hehehe. Pagi-pagi dah menulis blog. Ambik time free ni tulis sikit. Jangan lelama tak baik tu. Hehehehe.

al-Kisahnya malam tadi lepas saya nak tidur ayang ada cerita sikit lah pasal adik dia tu. Jadi bila dengar menyirap darah sampai rasa telinga panas. Hahaha tu tanda dalam dah macam bom atom dah tu. Tu lah tahu je sebut sabar tetapi bila benda tu kena pada kita hmm hampeh jadinya. Betul lah apa yang ustaz saya selalu pesan, Sabar itu mudah di lafazkan dari dilakukan. Rasa bersalah pulak marah-marah malam tadi. Apa yang sayang tanggung itu lagi berat dari apa yang abg dengar.

Buat Sayang. Banyak-banyak beristighfar. Sebenarnya abg pesan pada diri abg. Kekadang kita tak tau perkara yang terjadi itu ada hikmah disebalik. Dan hikmah itu lebih indah dari apa yang kita tempuh. Insya Allah ada habuan buat ayang nanti.

Assalaamualaikum w.b.t...setinggi2 syukur pada Allah ta`ala, dan syukur ku punyai Saiyidina Rasulullah S.A.W. Solawat dan salam keatas insan junjungan Saiyidina Rasulullah S.A.W dan pada Waris baginda yang tercinta.

Terima kasih buat Sayang yang dah edit blog abg sampai abg terharu melihatnya..
Dia lah seorang isteri yang baik dan seorang kawan baik....
Bukan kerana pasal buat blog saja..tapi banyak lagi..
Jika dikira dengan bilangan tak terkira...
Hehehhe..

Terima kasih aku khususkan pada isteriku yang tercinta...
Moga dikau sentiasa bahagia..
Moga dimurahkan rezeki..
Dan moga dipanjangkan umur dalam keimanan yag utuh..ameen..
Terima kasih Allah ta`ala kerna mengkurniakan daku seorang isteri yang baik...
Alhamdulillah...

Assalaamualaikum w.b.t..kembalikan syukurku pada Allah dan Saiyidina rasulullah s.a.w. Solawat dan salam keatas insan junjungan Saiyidina Rasulullah s.a.w dan pada waris-waris baginda sekalian. Alhamdulillah. Dah lama tak update blog ni. Kekadang rasa nak update jugak. Tapi selalu lupa. huhuuhu. Ya lah manusia mudah lupa.

Hari ini saya akan berkongsi sedikit info berkenaan Nafsu. Nafsu juga dikenali sebagai penyakit hati. Dan dikenali kekotoran( titik-titik halus dosa yang membentuk lingkungan ) yang melingkung hati. Jadi kita sebagai seorang muslim yang taklif tidak akan terlepas dari melakukan maksiat termasuk diri saya sendiri. Lahir nya bayi kedunia adalah dalam keadaa fitrah. Orang tua nya yang menjadikan dia yahudi, nasrani dan majusi.

ok kita mula dari lingkungan nafsu yang paling tebal dan hanya pakar boleh memecahkan ia:
1. al-Nafsu amaratu bissu
2. al-Nafsu lawwamah
3. al-Nafsu Mulhammah
4. al-Nafsu Mutmainnah
5. al-Nafsu Rodhiyyah
6. al-Nafsu Mardiyyah
7. al-Nafsu Kamilah( Fitrah )

Lapisan lingkungan nafsu seperti yang di sebut itu tidak lain tidak bukan hanya dengan berjumpa pakar ( Wali Mursyid ) kerana pada Wali-wali mursyid ini ada ubat yang mampu membasmi kekotoran yang berada pada hati( bersifat nur dan abstrak ). Ibarat seorang pesakit bila dia sakit akan pergi berjumpa doktor untuk rawatan.

Apa yang nak disampaikan adalah jika kita sakit fizikal pun mesti jumpa doktor sedangkan sakin batin ( yang merujuk pada penyakit hati ) kita tidak mencari pakar ( Ahli ) untuk merawat.
Wallahu a`lam.

Yang Sudi