YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada

Assalaamualaikum W.B.T
Segala puji-pujian itu kembali pada Allah dengan nama Allah yang maha pemurah dan ar-Rahim...
Solawat dan salam keatas insan junjungan, insan paling istimewa, insan yang sentiasa dirindui iaitu habibina wa hasibina wa sharifina wa maulana Saiyidina Rasulullah S.A.W dan pada sekalian pengikut baginda yang setia lagi tawaduq.....
daku mulakan kalamku yang seba kurang ini lagi hina kerana daku tahu keadaan diriku yang serba kotor ini...
sentiasa mengharap belas ehsan dari sohibul zaman agar hati daku dibersihkan....agar diriku sempat sampai mendapat redho Allah azzawajalla....amin amin...

Suma manusia bergelar insan bercakap mengenai KASIH...
Kasih dalam bahasa arab dikenali sebagai HUB atau yang selalu kita kata cinta....

Kata Guruku yang mulia lagi hebat dimata zahir dan qalbuku, Maulana Syeikh Mokhtar Ali ad-Dusuqi rodhiallahuanhu wa ardhohu:
kasih pada Allah azzawajalla dikenali sebagai IBADAH...
kasih pada Saiyidina Rasulullah S.A.W dikenali sebagai ITTIBAQ....
Kasih pada Wali Zaman dikenali sebagai IQTIDA I....
Kasih dalam kadar yang termampu kita pada Wali/Saiyidina di kenali sebagai TA A`SASI...



tidak dapat berjumpa secara zahir, dapat melihat maqam baginda pun sudah memadai untuk mengubat rindu



Disini ingin sekali daku membicarakan mengenai kasih sesama makluk yang dikenali sebagai muamalah.......
tidak kita boleh lari dengan apa yang telah tercipta sebagai fitrah dimuka bumi mulia ini....
Tidak daku mengatakan cinta sesama makhluk ini salah......
kerana itu lah fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah azzawajalla pada kita.....
tetapi adakah cinta kita itu benar dari segi syarak??....

contoh:
Cinta kekasih lebih dari cinta pada Allah azzawajalla?
Cinta Kekasih lebih dari cinta pada Saiyidina Rasulullah S.A.W?
Cinta kekasih lebih dari cinta pada ibu bapa sendiri yang telah melahir dan membesarkan kita?

emmm tak nafikan bahawa semua insan itu tidak sempurna kerana insan paling sempurna itu Saiyidina Rasulullah S.A.W...
Benar dan Benar....
Tetapi apa gunanya ada Saiyidina Rasulullah S.A.W diturunkan kepada kita untuk membetulkan AKHLAK kita?
Apa gunanya hukum Syarak?
kenapa ISLAM membataskan setiap perbuatan yang terkutuk disisi Allah azzawajalla?
Adakah saja-saja kita mengucap dua kalimah syahadah?
Adakah saja-saja ibadah solat itu wajib?
Adakah saja-saja ibadah puasa itu wajib?
Adakah saja-saja ibadah zakat itu wajib?
Adakah saja-saja ibadah haji itu wajib?

semua diatas adalah tanda cinta kita pada Allah azzawajalla..

Contoh:
Berzikir di pagi dan petang...
melakukan banyak perkara sunah yang ada rupa pada ibadah wajib...
dan lain-lain lagi...

Semua perkara kita ikut itu adalah cinta pada Saiyidina Rasulullah S.A.W..
Bila bertanya semua mendakwa diri mereka tahu termasuk diri ini...
Tahu tapi tak buat...
Tak tahu tak nak belajar...
ada yang mengangkat aqal itu lebih dari hukum syarak...
semua itu berpunca dari hati yang sudah gelap sehingga tidak ada tempat untuk NUR....

TEPUK DADA TANYA IMAN... JGN SESEKALI TEPUK DADA TANYA NAFSU....
ZAMAN SEKARANG DAH BANYAK ORANG TAK BERADAB......
TERMASUKLAH DIRI INI...
MAKA BELAJARLAH ADAB SAIYIDINA WAMAULANA RASULULLAH, BELAJARLAH ADAB DARI AULIYA ILLAH PARA SAHABAT, BELAJARLAH ADAB DARI GOLONGAN SALIKIN, SOLIHIN DAN A`BIDIN....
BERGURULAH DENGAN IMAM ZAMAN SESUNGGUHNYA BERGURU DENGAN BUKU ITU SEBENARNYA BERGURU DENGAN SYAITON....
WALLAHUALAM...

Ya Allah daku bertawasul pada Saiyidina Rasulullah S.A.W, daku Bertawasul pada Guruku Maulana Syeikh Mokhtar ali ad-Dusuqi agar deberi cahaya kaimanan pada dakuku, diberi cahaya keimanan kepada ibu bapaku, diberi cahaya keimanan isteriku, dan diberi cahaya iman kaum kerabatku di dalam hati sanubari kami, dan kami memohon perlindungan MU yang Maha Agung dari perkara-perkara yang mengkurufurkan MU. Jika telah sampai hidayah pada kami jgn lah ENGKAU tarik balik. Ya Allah tuhan yang Maha Penyayang tetapkanlah iman kami seperti golongan iman orang yang telah diikhlaskan MU. Ya Allah daku tidak mintak qada yang telah ditetapkan mu tetapi daku memohon kelembutanMu dalam melaksanakan qadaMU.....amin..amin..

Yang Sudi