YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada

Dengan nama ALLAH arRahman dan arRahim maka terjadi lah segala isi dilangit dan bumi, diutuskan semulia-mulia ciptaanNya, Saiyidina Rasulullah S.A.W, sebagai utusan rahmat sekian alam. Segala perkara yang dipuji itu adalah keindahan yang ada pada Saiyidina wa habibina Rasulullah S.A.W. Semoga kita DIkurniakan kefahaman sebelum memulakan sesuatu, kerana setiap perkara yang disertakan dengan ingat pada ALLAH dan Saiyidina Rasulullah S.A.W maka perkara tersebut ada kesan, samada rohani atau fizikal.

Selalu di ingatkan oleh mursyid irshadku mengenai tajuk di atas. Dalam bahasa arab berbunyi LA TAHASSASU SHAI UN A`LA NAFSAKA ‎. Aku selalu lupa ( kerana insia perkataan asal insan itu pelupa ), bahawa setiap perkara itu dari ALLAH S.W.T kerana dalil LA TATOHARAQU ILLA BIIZNILLAH, tidak ada perkara@sesuatu melainkan dengan izin ALLAH. Dari Allah Azzawajalla sampai kepada Saiyidina Rasulullah S.A.W dan dari Saiyidina Rasulullah sampai kepada Imam Zaman @ Wali Mursyid. Tetapi aku selalu merasakan sesuatu perkara kebaikan itu dari diri aku, tetapi bukan dari kurniaan ALLAH pada diri aku. Kerana kurniaan ALLAH pada perkara kebaikkan itu adalah untuk memuliakan aku. Selalu aku MENDAKWA DIRI bahawa semua yang aku pilih itu terbaik untuk aku, sedangkan aku terlupa, tak ingat, bahwa ALLAH MAHA SEMPURNA, ALLAH MAHA MENGETAHUI dan MAHA BIJAKSANA. ALLAH AZZAWALLA mempunyai hak keatas setiap hamba ciptaanNYA, jadi dari ALLAH AZZAWAJALLA yang maha terbaik dan maha sempurna atas apa yang telah di QADAR kan dan di QADA kan pada kita. Tapi aku terlebih pandai dari penciptaku yang maha Agung. Astagfirullah hal a`zim hu wattawwa burrahim. ampuni lah dosa ku, dosa ibu bapaku dan keduanya, dosa isteriku, dosa saudara nasabku. Ya Allah sesungguhnya aku ini terlupa atas apa yang telah KAU berikan kepadaku, sesungguhnya aku ini tidak pernah bersyukur atas apa yang telah ENGKAU berikan kepada ku.

Selama ini aku merasakan setiap ujian itu adalah perkara membebankan kepada ku, rupanya dalam ujian itu ada kemanisan, kerana kemanisan itu hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang diizinkan Allah, Saiyidina Rasulullah dan Imam zaman. Terkadang kita nampak perkara itu buruk tapi sebenar-benarnya kita tidak tahu apa yang Allah tentukan kepada kita. Pesan mursyid irshadku, setiap perkara itu ada sifirnya, dalam baik ada buruk, dalam buruk ada baik.

Jadi sebagai HAMBA ALLAH, ingat kita ini HAMBA ALLAH, mesti redha atas setiap perkara yang berlaku pada diri kita. Aqal diberi untuk melihat sesuatu perkara itu melanggar syariat(syarak) atau tidak. Jadi gunalah aqal untuk melihat syariat yang telah diutuskan oleh Allah pada insan junjungan Saiyidina Rasulullah S.A.W..

Wallahu a`lam..


Ku mengharap akan sampai kecintaanku didalam qalbu ini pada Wali Muryidku, Ku mengharap kecintaanku sampai juga pada Semulia-mulia, Kekasih Allah Rasulullah S.A.W...Sehingga dapat mencintai Allah azzawajalla..




Yang Sudi