YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama rasanya tak menulis. Biasalah orang nak ada blog kita pun nak ada. Hahahaha. Tak per lah perlahan-lahan insya Allah sampai jugak. Hari ni nak kongsi skit satu fasal dari banyak fasal dalam syiar islam.

Baru je lepas menyambut ihtifal Saiyidi Ibrahim al-Quraisy ad-Dusuki. Bagi aulia hari wafat itu adalah hari kelahiran ke alam kekal abadi. Disana tidak ada lagi ada hal melainkan menunggu hari besar. Tujuan sebenar menyambut maulid pada anbia, aulia dan ahlil bait ini kerana cintakan AHLI Saiyidina Rasulullah S.A.W. Memang dituntut oleh Saiyidina Rasulullah S.A.W untuk kita mencintai AHLI baginda. Jadi Ihtifal asyura ini disambut secara besar-besaran atas dasar menyambut kelahiran Saidina Hussain R.A ke alam yang kekal abadi. Ini menolak terus sama sekali yang mendakwa bahawa mengagungkan seorang wali yang mulia lebih atau sama dengan Allah. Kerana ini adalah tanda bahawa aulia itu adalah makhluk Allah.

Sebelum ini tak pernah pun aku tahu pasal sambut maulid bagi para aulia ni. Maulid Saiyidina Rasulullah pun main ikut sambut je. Tapi tujuan kita menyambut maulid ke, nuzul Quran ke atau apa-apa sambutan dalam islam adalah kerana meyambut Saiyidina Rasulullah.Tak ada lain. Kerana cinta pada Saiyidina Rasulullah S.A.W dan Allah S.W. T adalah cinta adalah cinta yang sebenar-benarnya. Jadi ihtifal asyura ini pun kerana kecintaan pada Ahli Saiyidina Rasulullah S.A.W.

Banyak amalan yang boleh dilakukan pada ihtifal asyura ini. Seperti majlis zikr, puasa dan lain-lain lagi. Tapi intipati dalam menyambut maulid atau ihtifal ini adalah kerana kecintaan kita pada AHLI Saiyidina Rasulullah S.A.W. Tanpa insan junjungan Saiyidina Rasulullah S.A.W siapa lah kita. Mari kita sambut ihtifal asyura Saiyidina Hussain ini dengan penuh kemaafan dan amalan-amalan yang mulia agar kita juga tergolong dalam AHLI Saiyidina Rasulullah S.A.W.

Wallahualam...

0 comments:

Post a Comment

Yang Sudi