YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada

Assalaamualaikum w.b.t..kembalikan syukurku pada Allah dan Saiyidina rasulullah s.a.w. Solawat dan salam keatas insan junjungan Saiyidina Rasulullah s.a.w dan pada waris-waris baginda sekalian. Alhamdulillah. Dah lama tak update blog ni. Kekadang rasa nak update jugak. Tapi selalu lupa. huhuuhu. Ya lah manusia mudah lupa.

Hari ini saya akan berkongsi sedikit info berkenaan Nafsu. Nafsu juga dikenali sebagai penyakit hati. Dan dikenali kekotoran( titik-titik halus dosa yang membentuk lingkungan ) yang melingkung hati. Jadi kita sebagai seorang muslim yang taklif tidak akan terlepas dari melakukan maksiat termasuk diri saya sendiri. Lahir nya bayi kedunia adalah dalam keadaa fitrah. Orang tua nya yang menjadikan dia yahudi, nasrani dan majusi.

ok kita mula dari lingkungan nafsu yang paling tebal dan hanya pakar boleh memecahkan ia:
1. al-Nafsu amaratu bissu
2. al-Nafsu lawwamah
3. al-Nafsu Mulhammah
4. al-Nafsu Mutmainnah
5. al-Nafsu Rodhiyyah
6. al-Nafsu Mardiyyah
7. al-Nafsu Kamilah( Fitrah )

Lapisan lingkungan nafsu seperti yang di sebut itu tidak lain tidak bukan hanya dengan berjumpa pakar ( Wali Mursyid ) kerana pada Wali-wali mursyid ini ada ubat yang mampu membasmi kekotoran yang berada pada hati( bersifat nur dan abstrak ). Ibarat seorang pesakit bila dia sakit akan pergi berjumpa doktor untuk rawatan.

Apa yang nak disampaikan adalah jika kita sakit fizikal pun mesti jumpa doktor sedangkan sakin batin ( yang merujuk pada penyakit hati ) kita tidak mencari pakar ( Ahli ) untuk merawat.
Wallahu a`lam.

Yang Sudi