YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada

Assalaamualaikum. Alhamdulillah. Dalam kesibukkan masa, sempat lagi menulis blog. Betul kata Bujang, sambil-sambil berblog sambil-mengingati sesama saudara islam. Dengan kesibukan masa kini jangan kita lupakan perkara-perkara yang nampaknya kecil tetapi selalu kita terlupa.Untuk menjadi waga negara pun ada rukunya. Inikan lagi ISLAM wajib bagi orang yang mukallaf( Islam, Baligh dan Waras ) mengikut apa yang telah di sampaikan Saiyidina Rasulullah S.A.W.

Rukun Islam ada 5 Perkara:
1.Mengucap Dua kalimah Syahadah
2. Solat sehari 5 waktu
3. Berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak
4. Berzakat
5. Menunaikan Haji jika berkemampuan.

Seterusnya Rukun Iman. Yang di ikat dan di semat di qalbu seorang muslim.

Rukun Iman ada 6 perkara
1. Beriman kepada Allah taa`la
2. Beriman kepada Malaikat-Malaikat
3. Beriman kepada Kitab Allah
4. Beriman kepada Rasul-Rasul
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada dan Qadar

Hehehe. Tak rugi pun kalo kita memperingati antara satu sama lain. Ya Allah berikan kami hidayah dan jadikanlah kami sebagai sebab untuk di beri hidayah.ameen.
Wallauha`lam.

2 comments:

hehehe betul tuh. Tidak ade lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu.

dimane2 ade ilmu. hehehe

sama2 saling ingat mengingati..

Post a Comment

Yang Sudi