YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada

Assalaamualaikum dan salam sejahtera. Masih di izinkan untuk menulis blog yang dah lama tak diupdate. Baru ni dalam 2 hari lepas sempat aku menziarah sahabat aku yang kehilangan majnunnya. Memang terkejutlah bila mendegar berita. Terketar tangan dan kaki sebab 16.04.2012 baru menziarah arwah di Hospital Tawakal. Marilah kita sama-sama sedekahkan fatehah. Ziadatan fi sharafil mustafa saiyidina Rasulullah s.a.w wa ila ruhi armahumah Yusraini, syaiun lillah hi lahum minnal fatehah.

Untuk peringatan aku dan perkongsian bersama. Terkadang aku merasakan seseuatu perkara itu adalah yang terbaik dan yang terhebat untuk diri aku sendir. Sedangkan apa yang terbaik disisi Allah dan Saiyidina Rasulullah itu tidak kita ketahui. Terfikir juga aku hikmah-hikmah kenapa seseorang itu dipanggil awal dan kenapa dipanggil lewat. Semua perkara ada hikmah disebalik untuk yang masih hidup ini mengingati Allah dan Saiyidina Rasulullah. Allah masih memberi peluang pada kita untuk mengingatiNYA. Allah memberi kesempatan kepada yang masih hidup ini untuk kembali ke jalan yang sebenarnya.

Untuk mengingatkan dari aku yang serba lemah ini. Sentiasa semat di hati bahawa setiap perkara yang telah ditentukan oleh Allah itu ada hikmah tak kira lah apa jua keadaan. Ingat lagi pesan guru aku " Allah tak jadikan setiap sesuatu itu walau sebesar zahrah dalam keadaan yang sia-sia " dan setiap perkara itu bukan pada kita " Innallah ha a`la kulli syai in qadir ". Akhir sekali sentiasalah berusaha dalam mencari redha Allah dan redha saiyidina Rasulullah dan sentiasa berdoa agar kita sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur. Kerana orang yang bersyukur ini sentiasa redha akan ketetapan yang datang dari Allah s.w.t.


0 comments:

Post a Comment

Yang Sudi