YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada

Assalaamualaikum. Dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Tapi rasa masih banyak untuk dikongsikan bersama-sama apa yang telah dirasai selama hampir seminggu berada di kelantan. Syukur ku kembalikan kepada empunya syukur. Syukur kerna aku semulia-mulia insan iaitu Saiyidina Rasulullah S.A.W.

Jadi ingin aku kongsikan pengkhabaran gembira ini bersama-sama. Semua orang menyambut maulid Saiyidina Rasulullah dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk penghujung. Masih belum terlambat lagi untuk berkongsi sempena menyambut Kekasih Allah yang paling mulia ini.

Seperti yang sedia maklum, sambutan maulid Saiyidina Rasulullah S.A.W disambut dengan begitu meriah lagi bagi para pencinta Saiyidina Rasulullah S.A.W. Tapi seperti yang diceritakan oleh ustaz yang telah pulang dari mesir, sambutan maulid Saiyidina Rasulullah disana disambut seperti hari perayaan yang besar. Setiap hari ada majlis bersolawat dan berqasidah yang disambut oleh para pencinta Baginda Rasulullah S.A.W.

Ada cerita satu pasal mengenai sambutan maulid Baginda Rasulullah S.A.W bahawa Abu jahal telah menyambut maulid Baginda Rasulullah S.A.W secara besar-besaran kerana beliau tidak tahu bahawa yang lahir itu adalah Insan yang agung, insan yang mulia dan insan tak ternilai kehebatanya iaitu Rasul yang paling istimewa. Oleh kerana Abu Jahal telah menyambut beliau telah diberikan satu hari di neraka untuk minum susu dari Baginda Rasulullah S.A.W. Inikan kita sebagai umat Saiyidina Rasulullah yang terlalu dikasihi tidak menyambut maulid sempena meyambut kedatangan insan yang paling istimewa.

Sesetangah orang mengatakan bahawa menyambut maulid secara besar-besaran itu umpama Abu Jahal. Hai sedangkan anak atau saudara berkahwin boleh pulak kita menyambut secara besar-besaran.Inikan Nabi yang paling agung. nauzubillah.

Sama ada kita sedar atau tidak sebenarnya menyambut maulid itu adalah untuk mengesahkan aqidah kita. Dimana kita sedar bahawa Saiyidina Rasulullah S.A.W itu adalah makhluk dan bukan Tuhan. Ini seperti dalam surah al-Ikhlas Jadi bagi mereka yang mengatakan bahawa orang yang menyambut maulid itu mengagung-agungkan lebih dari tuhan maka ini adalah bukti bahawa Saiyidina dilahirkan maka ia bukan Tuhan yang disembah.

Jadi biar apa pun yang dikatakan orang-orang yang tak mahu menyambut maulid Baginda Rasulullah S.A.W dan maulid para pewaris Baginda Rasulullah S.A.W yang dikasihi biarkan mereka dan kita terus menyambut dan terus menyambut. Jika tidak ada lagi perayaan di dalam islam maka cukup lah sekadar kita meraya kan Hari Maulid Baginda Rasulullah S.A.W.

Ahlan wa sahlan Ya Rahmatan lil alamin,
Ahlan wa sahlan Ya Habibikal mustofa,
Ahlan wa sahlan Ya Habibina,
Ahlan wa sahlan Ya Maulana,
Ahlan wa sahlan Ya Syafieina,
Ahlan wa sahlan Ya Jaddal Husain,
Ahlan wa sahlan Ya Saiyiduna Rasulullah S.A.W...

0 comments:

Post a Comment

Yang Sudi