Assalaamualaikum dan salam sejahtera.. Pertama sekali ingin ku memanjatkan kesyukuran ku kepada empunya segala syukur..Allah s.w.t.. Selawat dan salam atas insan junjungan yang dikasihi saiyidina wa habibina wa shafiina wa maulana Rasulullah s.a.w..Kerana baginda lah baru dapat aku mengecapi nikmat beragama islam..
Dah 2 tahun bersama isteri menyambut ramadhan al- Kareem. Bulan yang penuh kenikmatan, bulan yang dilimpahi nikmat-nikmat beramal hanya semata-mata ingin mencari redho Allah s.w.t. Dalam sedar mahupun tidak. Aku telah sampai pada 17 ramadhan. Pada bulan-bulan lain tak terkecapi nikmat beramal seperti ini. Namun aku masih lagi lalai dengan apa yag ada disekeliling.
Walaupun lalai, Alhamdulillah masih terdetik di hati ni nak berubah dan terus berudah dalam mencari redho Siayidina Rasulullah dan Redho Allah s.w.t. Harapanku moga bertambah-tambah lah semangat dan azam untuk menjadi lebih baik dalam mencari redho Allah S.W.T. Ameen. Masih sempat selagi belum sampai ajal.
Assalaamualaikum w.b.t...Selamat menyambut ramadhan al-karim...moga bulan yang mulia ini dapat menjadi bulan tarbiah pada diri saya dan umat-umat islam sekalian. ameen. Emm sebenarnya post ni ada lah untuk cbr yang di test drive mlm tadi di restoran wadi al-nile. Sembang dengan abg yunus, abg ismail dan abg am ( sepupu abg yunus). Sambil minum syai pudina susu.
Banyak jugak ilmu berkaitan sukan motosikal berkuasa tinggi. Sembang punya sembang tetiba abg am suh aku try drive CBR 250 dia. Aper lagi dalam hati ni duk berbelah bagi lagi. Nak bawak @ tak nak bawak. Malu punya pasal sambung balik bersembang. Apa pun review seorang yang berpengalaman dalam superbike ni, cbr ni tak laju, tak power, lajak tak dak ( jalan straight 150kmj limit ) tapi satu je ayat dia yang tak leh tahan. Walaupun CBR ni tak laju tapi best. Huhuhuhu. Semakin membara la nak test drive ni. Citer lagi abg am ni, kalo moto power sekali pun itu moto punya pergi ( kekuatan moto la ) belum rider punya pergi ( makna skill rider pun penting jugak ). Abg am kata memang CBR ni dicipta untuk handling yang baik. Harga pun murah dari KAWASAKI NINJA 250. RM 18k+ tapi berbaloi pakai. Huhuhuhu.
Last-last dah keje dok citer pasal moto je, aku terus test drive lah. Pusing area kedai makan tu. Rupa-rupanya memang best moto ni. Rilex je, ringan pun ringan. Maka timbul lah niat di hati nak rembat satu. Hehehehe. Tapi kene tunggu keadaan kewangan mengizinkan lah. Huuhuhuhu. Pada pendapat saya, kawan-kawan yang baru nak berjinak-jinak dengan superbike ni saya rasa CBR 250 ni sesuai la kalo nak belajar. Persedian sebelum bawak moto yang CC dan HP yang lebih besar. Suker benar aku dengan superbike ni.
hehe. ok tu je review tak dapat pakai pun dah test drive tu kira ok lah. Alhamdulillah.
wasalam.
Assalaamualaikum. Alhamdulillah, masih ada lagi kat depan komputer ni. hehehe. Pagi-pagi dah menulis blog. Ambik time free ni tulis sikit. Jangan lelama tak baik tu. Hehehehe.
al-Kisahnya malam tadi lepas saya nak tidur ayang ada cerita sikit lah pasal adik dia tu. Jadi bila dengar menyirap darah sampai rasa telinga panas. Hahaha tu tanda dalam dah macam bom atom dah tu. Tu lah tahu je sebut sabar tetapi bila benda tu kena pada kita hmm hampeh jadinya. Betul lah apa yang ustaz saya selalu pesan, Sabar itu mudah di lafazkan dari dilakukan. Rasa bersalah pulak marah-marah malam tadi. Apa yang sayang tanggung itu lagi berat dari apa yang abg dengar.
Buat Sayang. Banyak-banyak beristighfar. Sebenarnya abg pesan pada diri abg. Kekadang kita tak tau perkara yang terjadi itu ada hikmah disebalik. Dan hikmah itu lebih indah dari apa yang kita tempuh. Insya Allah ada habuan buat ayang nanti.
Assalaamualaikum w.b.t...setinggi2 syukur pada Allah ta`ala, dan syukur ku punyai Saiyidina Rasulullah S.A.W. Solawat dan salam keatas insan junjungan Saiyidina Rasulullah S.A.W dan pada Waris baginda yang tercinta.
Terima kasih buat Sayang yang dah edit blog abg sampai abg terharu melihatnya..
Dia lah seorang isteri yang baik dan seorang kawan baik....
Bukan kerana pasal buat blog saja..tapi banyak lagi..
Jika dikira dengan bilangan tak terkira...
Hehehhe..
Terima kasih aku khususkan pada isteriku yang tercinta...
Moga dikau sentiasa bahagia..
Moga dimurahkan rezeki..
Dan moga dipanjangkan umur dalam keimanan yag utuh..ameen..
Terima kasih Allah ta`ala kerna mengkurniakan daku seorang isteri yang baik...
Alhamdulillah...
Assalaamualaikum w.b.t..kembalikan syukurku pada Allah dan Saiyidina rasulullah s.a.w. Solawat dan salam keatas insan junjungan Saiyidina Rasulullah s.a.w dan pada waris-waris baginda sekalian. Alhamdulillah. Dah lama tak update blog ni. Kekadang rasa nak update jugak. Tapi selalu lupa. huhuuhu. Ya lah manusia mudah lupa.
Hari ini saya akan berkongsi sedikit info berkenaan Nafsu. Nafsu juga dikenali sebagai penyakit hati. Dan dikenali kekotoran( titik-titik halus dosa yang membentuk lingkungan ) yang melingkung hati. Jadi kita sebagai seorang muslim yang taklif tidak akan terlepas dari melakukan maksiat termasuk diri saya sendiri. Lahir nya bayi kedunia adalah dalam keadaa fitrah. Orang tua nya yang menjadikan dia yahudi, nasrani dan majusi.
ok kita mula dari lingkungan nafsu yang paling tebal dan hanya pakar boleh memecahkan ia:
1. al-Nafsu amaratu bissu
2. al-Nafsu lawwamah
3. al-Nafsu Mulhammah
4. al-Nafsu Mutmainnah
5. al-Nafsu Rodhiyyah
6. al-Nafsu Mardiyyah
7. al-Nafsu Kamilah( Fitrah )
Lapisan lingkungan nafsu seperti yang di sebut itu tidak lain tidak bukan hanya dengan berjumpa pakar ( Wali Mursyid ) kerana pada Wali-wali mursyid ini ada ubat yang mampu membasmi kekotoran yang berada pada hati( bersifat nur dan abstrak ). Ibarat seorang pesakit bila dia sakit akan pergi berjumpa doktor untuk rawatan.
Apa yang nak disampaikan adalah jika kita sakit fizikal pun mesti jumpa doktor sedangkan sakin batin ( yang merujuk pada penyakit hati ) kita tidak mencari pakar ( Ahli ) untuk merawat.
Wallahu a`lam.

