
Selawat dan salam keatas awal-awal makhluk nur saiyidina Muhammad dan para Sahabat baginda serta pengikut baginda yang kaseh pada baginda.. Atas rahmat Saiyidina Rasulullah S.A.W aku menjadi umat ya Maulana ya Habibina.....aku mengharap pada Allah tuhan yang mengizinkan segala kejadian agar diberi akan daku cinta yang begitu kuat pada Saiyidina Rasulullah S.A.W..amin.amin...
Sempena eidul fitr ini saya ingin menyampaikan Salam eidul fitr pada seluruh umat islam yang melata di bumi Allah ini. Sebanyak-banyak kemaafan dipohon atas segala kesalahan zahir dan batin yang pernah dilakukan....
Hidupku bukan seqadar dunia yang mengejar akan redho manusia yang jahil tapi terlalu dan terlebih mengaharap dan mengejar redho Allah, mengejar redho Saiyidina Rasulullah S.A.W, Mengejar redho Maulana Syeikh ku dan mengejar redho ibu bapaku...aku takut jika tidak ada apa yang akan aku bawak ke tempat ini
itu lah tujuan kehidupan ku untuk masuk ke alam barzakh..dunia dijadikan tempat beribadat, tempat untuk bercucuk tanam..mohon pada Allah melalui hak-hak orang-orang beriman, melalui insan mulia yang paling dekat dengan Allah iaitu Saiyidina Rasulullah S.A.W, aku memohon agar diberi kesempatan untuk aku bertaubat, agar diberikan aku kesempatan untuk mendapat redho Allah.....sebelum aku masuk ke liang lahad....amin.amin.
Dengan Nama Allah tuhan yang selayak-layak disembah dan tidak ada tuhan yang mempunyai kriteria sepertimana apa yang Allah ada.. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Solawat keatas se awal-awal kejadian, keatas semulia-mulia insan, keatas insan yang paling dirindui, Saiyidina wa habibina wa syarifina wa maulana Rasulullah S.A.W, dan salam pada ulama warisatul ambia iaitu imam zaman......
Ya Allah sesungguhnya daku amat hina dihadapan Mu yang Maha mulia, hatiku penuh dengan dosa-dosa yang telah menebal sehingga terlalu susah nur yang ENGKAU kurniakan padaKU untuk melekat di qalbu ini....
Ya Allah ampuni lah dosa hambaMu yang ujub ini, ampunilah dosa hambaMu yang riak ini, ampunilah dosa hambaMu yang takabur ini, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, ampunilah dosa kedua ibu bapa mertua ku, ampunilah dosa isteriku yang daku kasih, ampunilah dosa kaum kerabat ku, ampunilah kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup atau yang telah kembali padaMu.....sesungguhnya daku amat mengharap pada namaMu yang Maha Pengampun...
daku amat mengharap akan belas ihsanMu pada hambaMu yang menadah tangan pada pencipta daku yang memeliki segala yang ada dilangit dan bumi ternasuk diri ini....
Setiap makhluk itu kepunyaan Mu Ya Allah...ampunilah daku Ya Allah kerana diri ini merasakan segala kebaikan itu dari diri sendiri...sungguh ujub dan takbur diri ini ya Allah.....
ampunilah daku Ya Allah...
Daku terlalu mengharap pada makhlukmu Ya Allah sedang daku tahu bagaimana bertawasul pada makhluk mu yang sepatutnya daku bertawasul....
Ya Allah ampunilah dosa daku..
Ya Allah daku terlalu dan suka melihat melalui mata zahirku, daku terlalu kerap memandang kejadian mu melalui nafsuku........
apakah FITRAH diturunkan insan yang mulia Saiyidina Rasulullah S.A.W?....
apakah FITRAH agama ISLAM yan diturunkan dimuka bumimu Allah?
apakah FITRAH Hukum Syarak?
apakah FITRAH Hukum Adat?
Ya Allah sesungguhnya daku tidak faham dan mengerti semua itu melainkan dengan adanya seorang WALI MURSYID yang bernama Maulana Syeikh Mokhtar ali Mohd adDusuqi R.A yang membimbingku kepada mencari REDHA MU YA ALLAH....
Sesungguhnya daku menuntut dan mengharap REDHAMU YA ALLAH....
TIDAK ADA REDHA YANG INDAH MELAINKAN REDHAMU YA ALLAH...
REDHA YANG HANYA DIRASAI OLEH AHLIMU YA ALLAH...
Ampunilah hambaMu yang zalim ini...
Ampunilah hambaMu yang tidak Beradab ini Ya Allah...
Sesungguhnya tidak ada layak lagi bagi daku mengharap pada makhluk lain..
Melainkan makhluk yang telah sampai pada Mu Ya Allah.....
amin amin...
Tidak ada kata-kata indah yang selayak dek aqal buat kekasih pada kekasih.....
Assalaamualaikum W.B.T
Segala puji-pujian itu kembali pada Allah dengan nama Allah yang maha pemurah dan ar-Rahim...
Solawat dan salam keatas insan junjungan, insan paling istimewa, insan yang sentiasa dirindui iaitu habibina wa hasibina wa sharifina wa maulana Saiyidina Rasulullah S.A.W dan pada sekalian pengikut baginda yang setia lagi tawaduq.....
daku mulakan kalamku yang seba kurang ini lagi hina kerana daku tahu keadaan diriku yang serba kotor ini...
sentiasa mengharap belas ehsan dari sohibul zaman agar hati daku dibersihkan....agar diriku sempat sampai mendapat redho Allah azzawajalla....amin amin...
Suma manusia bergelar insan bercakap mengenai KASIH...
Kasih dalam bahasa arab dikenali sebagai HUB atau yang selalu kita kata cinta....
Kata Guruku yang mulia lagi hebat dimata zahir dan qalbuku, Maulana Syeikh Mokhtar Ali ad-Dusuqi rodhiallahuanhu wa ardhohu:
kasih pada Allah azzawajalla dikenali sebagai IBADAH...
kasih pada Saiyidina Rasulullah S.A.W dikenali sebagai ITTIBAQ....
Kasih pada Wali Zaman dikenali sebagai IQTIDA I....
Kasih dalam kadar yang termampu kita pada Wali/Saiyidina di kenali sebagai TA A`SASI...
tidak dapat berjumpa secara zahir, dapat melihat maqam baginda pun sudah memadai untuk mengubat rindu
Disini ingin sekali daku membicarakan mengenai kasih sesama makluk yang dikenali sebagai muamalah.......
tidak kita boleh lari dengan apa yang telah tercipta sebagai fitrah dimuka bumi mulia ini....
Tidak daku mengatakan cinta sesama makhluk ini salah......
kerana itu lah fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah azzawajalla pada kita.....
tetapi adakah cinta kita itu benar dari segi syarak??....
contoh:
Cinta kekasih lebih dari cinta pada Allah azzawajalla?
Cinta Kekasih lebih dari cinta pada Saiyidina Rasulullah S.A.W?
Cinta kekasih lebih dari cinta pada ibu bapa sendiri yang telah melahir dan membesarkan kita?
emmm tak nafikan bahawa semua insan itu tidak sempurna kerana insan paling sempurna itu Saiyidina Rasulullah S.A.W...
Benar dan Benar....
Tetapi apa gunanya ada Saiyidina Rasulullah S.A.W diturunkan kepada kita untuk membetulkan AKHLAK kita?
Apa gunanya hukum Syarak?
kenapa ISLAM membataskan setiap perbuatan yang terkutuk disisi Allah azzawajalla?
Adakah saja-saja kita mengucap dua kalimah syahadah?
Adakah saja-saja ibadah solat itu wajib?
Adakah saja-saja ibadah puasa itu wajib?
Adakah saja-saja ibadah zakat itu wajib?
Adakah saja-saja ibadah haji itu wajib?
semua diatas adalah tanda cinta kita pada Allah azzawajalla..
Contoh:
Berzikir di pagi dan petang...
melakukan banyak perkara sunah yang ada rupa pada ibadah wajib...
dan lain-lain lagi...
Semua perkara kita ikut itu adalah cinta pada Saiyidina Rasulullah S.A.W..
Bila bertanya semua mendakwa diri mereka tahu termasuk diri ini...
Tahu tapi tak buat...
Tak tahu tak nak belajar...
ada yang mengangkat aqal itu lebih dari hukum syarak...
semua itu berpunca dari hati yang sudah gelap sehingga tidak ada tempat untuk NUR....
TEPUK DADA TANYA IMAN... JGN SESEKALI TEPUK DADA TANYA NAFSU....
ZAMAN SEKARANG DAH BANYAK ORANG TAK BERADAB......
TERMASUKLAH DIRI INI...
MAKA BELAJARLAH ADAB SAIYIDINA WAMAULANA RASULULLAH, BELAJARLAH ADAB DARI AULIYA ILLAH PARA SAHABAT, BELAJARLAH ADAB DARI GOLONGAN SALIKIN, SOLIHIN DAN A`BIDIN....
BERGURULAH DENGAN IMAM ZAMAN SESUNGGUHNYA BERGURU DENGAN BUKU ITU SEBENARNYA BERGURU DENGAN SYAITON....
WALLAHUALAM...
Ya Allah daku bertawasul pada Saiyidina Rasulullah S.A.W, daku Bertawasul pada Guruku Maulana Syeikh Mokhtar ali ad-Dusuqi agar deberi cahaya kaimanan pada dakuku, diberi cahaya keimanan kepada ibu bapaku, diberi cahaya keimanan isteriku, dan diberi cahaya iman kaum kerabatku di dalam hati sanubari kami, dan kami memohon perlindungan MU yang Maha Agung dari perkara-perkara yang mengkurufurkan MU. Jika telah sampai hidayah pada kami jgn lah ENGKAU tarik balik. Ya Allah tuhan yang Maha Penyayang tetapkanlah iman kami seperti golongan iman orang yang telah diikhlaskan MU. Ya Allah daku tidak mintak qada yang telah ditetapkan mu tetapi daku memohon kelembutanMu dalam melaksanakan qadaMU.....amin..amin..
Assalaamualaikum w.b.t
Tetiba je teringin berblog plak...dah lama tak berblog...hehehehe...
di sini ada sedikit perkara mahu dikongsi...
1. Selalu kita bercakap mengenai duit...
duit memang suka bagi kita serabut..
hehehhe tak serabut cam ner tak der duit tak leh la nak makan..
2. selalu kita bercakap tentang kerja...
sampai bila pun keja tak abis..
hehehehe..
selalu kita sibuk hal dunia...
memang dunia dah cam ni...
sehingga terpahat didalam qalbu dunia adalah segalanya..
Pernah kita tanya diri kita...
Pernah kita kata pada diri kita...
Zaman sekolah rendah penah Ustaz aku tanya sebab nak jawab soalan pafa...
ustaz : rukun iman ada berapa
aku : ada 6 ustaz..
ustaz : boleh awak bagitau?
aku jawab dengan penuh yakin( sebab aku dah hafal dah hehehehe)
1. Percaya pada Allah
2. Percaya pada Nabi
3. Percaya pada Kitab
4. Percaya pada Malaikat
5. Percaya pada Qada dan Qadar
6. Percaya pada Hari Kiamat
Alhamdulillah...dapat jawab sebab hafal...
sekarang umurku menjangkau 24 tahun..
maka timbul la persoalan dalam diri aku setelah kelas demi kelas aku pergi ( usaha saja )..
aku cakap aku percaya pada Allah...
tapi perbuatan aku macam tak takut pada Allah ja..
aku cakap aku percaya pada Saiyidina wamaulana Rasullullah S.A.W..
tapi syariat dia banyak aku tak buat pun
aku percaya pada Qada dan Qadar...
tapi kalo apa-apa terjadi kira nak marah je..tak leh nak redha..tak leh nak percaya kira nak membangkang je aper yang Allah telah atur...tapi tahu setiap perkara tu boleh tidak boleh mesti Allah yang izin....
abistu perkara yang tak elok berlaku kepada diri kita tu nak kata Allah tak reti nak mengatur? astaghfirullah hal azim...subhanallah...
dah jatuh syirik kalo aku kata cam tu...
aku sepatutnya kene tgk balik...
time aku mengikut kehendak nafsu amarah semata-mata...
dosa yang aku penah lakukan..
dan sepatutnya aku ni hambaNYA..memang patut aku kena redha dengan setiap perkara yang telah diatur oleh Allah..
disini aku menyeru agar kepada pembaca-pembaca...
marilah kita bersama-sama jadi muslim sejati..
bukan muslim hanya pada nama dan baka....
kerana mati itu pasti...
kerana azab kubur itu pasti...
kerana azab Allah itu pasti....
kerana azab Allah itu teramat perit...
kehidupan sebenar bukan nya disini ( dunia )
kehidupan sebenar adalah akhirat...
jadi meri kita melebihkan akhirat yang kekal selamanya didalam qalbu kita...
tapi tak bermakna kita tinggalkan dunia...cuma jangan jadikan dunia ini didalam hati kita...kerana dunia dikenal sebagai DARUL A`mal( tempat beramal)...
wallahua`lam...
Imam Ghazali :
" Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 : " Orang tua "
Murid 2 : " Guru "
Murid 3 : " Teman "
Murid 4 : " Kaum kerabat "
Imam Ghazali :
" Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji
Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali :
" Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 : " Negeri Cina "
Murid 2 : " Bulan "
Murid 3 : " Matahari "
Murid 4 : " Bintang-bintang "
Iman Ghazali : " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita,
apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
Agama".
Iman Ghazali :
" Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 : " Gunung "
Murid 2 : " Matahari "
Murid 3 : " Bumi "
Imam Ghazali :
" Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
Imam Ghazali :
" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 : " Baja "
Murid 2 : " Besi "
Murid 3 : " Gajah "
Imam Ghazali :
" Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah
SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali :
" Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 : " Kapas"
Murid 2 : " Angin "
Murid 3 : " Debu "
Murid 4 : " Daun-daun"
Imam Ghazali :
" Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali :
" Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : " Pedang "
Imam Ghazali :
" Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui
lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
"sampaikanlah walau satu ayat"..
Assalaamua`laikum..hehehehehe..first time try wat blog...macam malu lak...hehehehe...
Kelebihan menjadi Wanita
1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.
4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan
orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak NabiIsmail.
9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).
10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab rasulullah,Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."
13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan emua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.
15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16.Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu
dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
UNTUNG MENJADI WANITA.