Assalaamualaikum. Alhamdulillah, masih ada lagi kat depan komputer ni. hehehe. Pagi-pagi dah menulis blog. Ambik time free ni tulis sikit. Jangan lelama tak baik tu. Hehehehe.
al-Kisahnya malam tadi lepas saya nak tidur ayang ada cerita sikit lah pasal adik dia tu. Jadi bila dengar menyirap darah sampai rasa telinga panas. Hahaha tu tanda dalam dah macam bom atom dah tu. Tu lah tahu je sebut sabar tetapi bila benda tu kena pada kita hmm hampeh jadinya. Betul lah apa yang ustaz saya selalu pesan, Sabar itu mudah di lafazkan dari dilakukan. Rasa bersalah pulak marah-marah malam tadi. Apa yang sayang tanggung itu lagi berat dari apa yang abg dengar.
Buat Sayang. Banyak-banyak beristighfar. Sebenarnya abg pesan pada diri abg. Kekadang kita tak tau perkara yang terjadi itu ada hikmah disebalik. Dan hikmah itu lebih indah dari apa yang kita tempuh. Insya Allah ada habuan buat ayang nanti.
Assalaamualaikum w.b.t...setinggi2 syukur pada Allah ta`ala, dan syukur ku punyai Saiyidina Rasulullah S.A.W. Solawat dan salam keatas insan junjungan Saiyidina Rasulullah S.A.W dan pada Waris baginda yang tercinta.
Terima kasih buat Sayang yang dah edit blog abg sampai abg terharu melihatnya..
Dia lah seorang isteri yang baik dan seorang kawan baik....
Bukan kerana pasal buat blog saja..tapi banyak lagi..
Jika dikira dengan bilangan tak terkira...
Hehehhe..
Terima kasih aku khususkan pada isteriku yang tercinta...
Moga dikau sentiasa bahagia..
Moga dimurahkan rezeki..
Dan moga dipanjangkan umur dalam keimanan yag utuh..ameen..
Terima kasih Allah ta`ala kerna mengkurniakan daku seorang isteri yang baik...
Alhamdulillah...
Assalaamualaikum w.b.t..kembalikan syukurku pada Allah dan Saiyidina rasulullah s.a.w. Solawat dan salam keatas insan junjungan Saiyidina Rasulullah s.a.w dan pada waris-waris baginda sekalian. Alhamdulillah. Dah lama tak update blog ni. Kekadang rasa nak update jugak. Tapi selalu lupa. huhuuhu. Ya lah manusia mudah lupa.
Hari ini saya akan berkongsi sedikit info berkenaan Nafsu. Nafsu juga dikenali sebagai penyakit hati. Dan dikenali kekotoran( titik-titik halus dosa yang membentuk lingkungan ) yang melingkung hati. Jadi kita sebagai seorang muslim yang taklif tidak akan terlepas dari melakukan maksiat termasuk diri saya sendiri. Lahir nya bayi kedunia adalah dalam keadaa fitrah. Orang tua nya yang menjadikan dia yahudi, nasrani dan majusi.
ok kita mula dari lingkungan nafsu yang paling tebal dan hanya pakar boleh memecahkan ia:
1. al-Nafsu amaratu bissu
2. al-Nafsu lawwamah
3. al-Nafsu Mulhammah
4. al-Nafsu Mutmainnah
5. al-Nafsu Rodhiyyah
6. al-Nafsu Mardiyyah
7. al-Nafsu Kamilah( Fitrah )
Lapisan lingkungan nafsu seperti yang di sebut itu tidak lain tidak bukan hanya dengan berjumpa pakar ( Wali Mursyid ) kerana pada Wali-wali mursyid ini ada ubat yang mampu membasmi kekotoran yang berada pada hati( bersifat nur dan abstrak ). Ibarat seorang pesakit bila dia sakit akan pergi berjumpa doktor untuk rawatan.
Apa yang nak disampaikan adalah jika kita sakit fizikal pun mesti jumpa doktor sedangkan sakin batin ( yang merujuk pada penyakit hati ) kita tidak mencari pakar ( Ahli ) untuk merawat.
Wallahu a`lam.

Dengan nama Allah ar-rahman dan ar-rahim, solawat dan salam keatas wa maulana wa habibina saiyidina Rasulullah S.A.W, pada keluarga baginda yang dicintai, pada para sahabat baginda yang dicintai dan pada wali-wali Allah yang dicintai.
Oleh Kerana cerita ini mengisarkan aku dilahirkan kedunia oleh Allah atas SEBAB kedua orang tuaku, maka SALAH SATU CARA penghargaan istimewa yang tak tak terhingga nilainya kepada mereka adalah post mengenai mereka insan yang ku cintai. insan yang aku cintai selepas Allah, Saiyidina Rasulullah dan Wali Mursyidku. Insan yang mana tak akan ada dua yang sama dengan mereka kerana satu-satunya mereka itu ibu dan ayah yang melahirkan kita.
Telah kita ketahui janin yang terbentuk dari sperma sang ayah dan ovum sang ibu. Tetapi sayang, hanya ibu sahaja mendapat credit atas melahirkan seorang anak. Jika tidak ada sperma sang bapa maka tak ada lah jadinya seorang anak. Jadi tidak patut aku mengatakan bahawa ibu saja yang patut aku kenang. Sedangkan sang bapa keluar mencari nafkah dan memberi kasih sayang juga dari aku kecil hingga aku besar. Adakah semua yang mereka lakukan itu memerlukan bayaran atau balasan??? tidak mereka lakukan semua itu atas asbab terzahir ada didalam mereka yang kita namakan ar-Rahim Allah.
Ayah ku dikala aku kecil sering memarahi ku atas kenakalanku ( zahir lagi kasih sayang). Ibu sering memujukku setelah aku dimarahi (kasing sayang ibu lebih zahir dari ayah). Tidak pernah perut aku sakit dikala aku terasa lapar, tidak pernah aku merasa tersisih jika aku kesunyian, tidak pernah aku rasa dahaga akan kasih sayang kerana mereka itu ikhlas dalam memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya. Dengan izin Allah azzawajalla aku membesar dalam keadaan kasih sayang ibu dan ayahku. Jika nak di senaraikan apa yang telah mereka lakukan, sampai kiamat pun aku tak terbalas atas pengorbanan mereka mebesarkan ku.
Tetapi waktu berjalan begitu cepat sehingga aku selalu terlupa akan apa yang pernah aku dapat dari keluarga yang bahagia ini. Apa yang diertikan dengan kematangan oleh aku sering membuatkan aku lalai ( nafsu amarah semata ). Mendapat cinta yang bukan hak ( cinta atas nafsu semata ), mendapat cinta dari bisikan syaitan sehingga buta mata dan buta hatiku. Titik-titik hitam menyelubingi qalbu ku ini sering membuat aku menjadi seorang yang kuat membangkang ibu dan ayah. Tetapi ibu dan ayah tetap menyayangi anak mereka ini dengan penuh kasih sayang. Aku selalu meyalahkan ibu dan ayah ku ( sedangkan aku yang bersalah pada ibu ayah ku ), tetapi mereka tetap menerima dan menyayangi seperti tidak ada apa berlaku.
Sehingga mana hati ini diselubingi oleh nafsu kotor dan bisikan syaitan sehingga perbuatan aku menghancurkan hati ibu dan ayah ku. Hati orang yang membesarkan ku dengan kasih sayang. Hati yang bersih suci atas qada dan qadar Allah azzawajalla pada mereka. Sanggup aku kecaikan sehingga menjadi debu-debu halus. Kerna ingin mendapat redho orang yang belum tentu kepunyaan ku. Sedangkan aku tahu Allah tak redho kecuali redho kedua ibu bapa.
Selama mana aku mengabaikan diri aku dari mencari redho Allah, redho Saiyidina Rasulullah, sehingga suatu ketika di detikkan oleh Allah padaku bahawa sampai bila akan aku menungkat langit? sampai bila aku hidup kat dunia ini? yang hidup pasti mati, dan mati itu selamanya dan tidak ada lagi ruang untuk aku berpatah balik dalam mencari redho Allah.
Sehingga kini aku masih berusaha dalam mencari redho Allah, mencari redho Saiyidina Rasulullah, Redho Wali Mursyid dan redho ibu ayah. Kerna redho ini adalah cinta yang akan menjadi kemanisan dalam menjadi HAMBA ALLAH. Tanpa asbab aku ke dunia maka aku tak akan kenal erti apa tujuan sebenar aku dilahirkan ke dunia. Tanpa asbab aku ke dunia maka aku tak kenal apa itu erti kasih. Tanpa asbab aku ke dunia maka aku tak akan kenal apa itu ibu bapa, aku tak akan kenal perit gerih menjadi seorang ibu dan seorang ayah dalam mebesarkan seorang anak. Ini insan yang paling berharga dari seluruh harta-harta didunia. Itu lah memiliki seorang ibu nasab dan Ayah nasab yang sangat pengasih dan sangat penyayang. Sama ada aku buta mata atau buta hati adalah bersebabkan oleh nafsu dalam diri aku sendiri. Bukan salah orang lain, tunjuk dulu pada diri sendiri.
Aku kembalikan syukurku ini pada empunya segala syukur kerana di kurniakan ibu dan ayah seperti mereka yang tak akan aku jumpa sampai bila-bila dan aku kembalikan segala syukurku pada empunya segala syukur kerana dikurniakan 2 orang adik yang dikasihi.
Jadi, sementara masih ada jagalah mereka. Jangan menyesal bila mereka telah dipanggil oleh Allah untuk selamanya dan jangan menyesal apabila kita sendiri dipanggil oleh Allah untuk selamanya.
Selamanya Kamu didalam hatiku..love u mama love u ayah love u haziq love u fatin....
Dengan nama ALLAH arRahman dan arRahim maka terjadi lah segala isi dilangit dan bumi, diutuskan semulia-mulia ciptaanNya, Saiyidina Rasulullah S.A.W, sebagai utusan rahmat sekian alam. Segala perkara yang dipuji itu adalah keindahan yang ada pada Saiyidina wa habibina Rasulullah S.A.W. Semoga kita DIkurniakan kefahaman sebelum memulakan sesuatu, kerana setiap perkara yang disertakan dengan ingat pada ALLAH dan Saiyidina Rasulullah S.A.W maka perkara tersebut ada kesan, samada rohani atau fizikal.
Selalu di ingatkan oleh mursyid irshadku mengenai tajuk di atas. Dalam bahasa arab berbunyi LA TAHASSASU SHAI UN A`LA NAFSAKA . Aku selalu lupa ( kerana insia perkataan asal insan itu pelupa ), bahawa setiap perkara itu dari ALLAH S.W.T kerana dalil LA TATOHARAQU ILLA BIIZNILLAH, tidak ada perkara@sesuatu melainkan dengan izin ALLAH. Dari Allah Azzawajalla sampai kepada Saiyidina Rasulullah S.A.W dan dari Saiyidina Rasulullah sampai kepada Imam Zaman @ Wali Mursyid. Tetapi aku selalu merasakan sesuatu perkara kebaikan itu dari diri aku, tetapi bukan dari kurniaan ALLAH pada diri aku. Kerana kurniaan ALLAH pada perkara kebaikkan itu adalah untuk memuliakan aku. Selalu aku MENDAKWA DIRI bahawa semua yang aku pilih itu terbaik untuk aku, sedangkan aku terlupa, tak ingat, bahwa ALLAH MAHA SEMPURNA, ALLAH MAHA MENGETAHUI dan MAHA BIJAKSANA. ALLAH AZZAWALLA mempunyai hak keatas setiap hamba ciptaanNYA, jadi dari ALLAH AZZAWAJALLA yang maha terbaik dan maha sempurna atas apa yang telah di QADAR kan dan di QADA kan pada kita. Tapi aku terlebih pandai dari penciptaku yang maha Agung. Astagfirullah hal a`zim hu wattawwa burrahim. ampuni lah dosa ku, dosa ibu bapaku dan keduanya, dosa isteriku, dosa saudara nasabku. Ya Allah sesungguhnya aku ini terlupa atas apa yang telah KAU berikan kepadaku, sesungguhnya aku ini tidak pernah bersyukur atas apa yang telah ENGKAU berikan kepada ku.
Selama ini aku merasakan setiap ujian itu adalah perkara membebankan kepada ku, rupanya dalam ujian itu ada kemanisan, kerana kemanisan itu hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang diizinkan Allah, Saiyidina Rasulullah dan Imam zaman. Terkadang kita nampak perkara itu buruk tapi sebenar-benarnya kita tidak tahu apa yang Allah tentukan kepada kita. Pesan mursyid irshadku, setiap perkara itu ada sifirnya, dalam baik ada buruk, dalam buruk ada baik.
Jadi sebagai HAMBA ALLAH, ingat kita ini HAMBA ALLAH, mesti redha atas setiap perkara yang berlaku pada diri kita. Aqal diberi untuk melihat sesuatu perkara itu melanggar syariat(syarak) atau tidak. Jadi gunalah aqal untuk melihat syariat yang telah diutuskan oleh Allah pada insan junjungan Saiyidina Rasulullah S.A.W..
Wallahu a`lam..
Ku mengharap akan sampai kecintaanku didalam qalbu ini pada Wali Muryidku, Ku mengharap kecintaanku sampai juga pada Semulia-mulia, Kekasih Allah Rasulullah S.A.W...Sehingga dapat mencintai Allah azzawajalla..

Selawat dan salam keatas awal-awal makhluk nur saiyidina Muhammad dan para Sahabat baginda serta pengikut baginda yang kaseh pada baginda.. Atas rahmat Saiyidina Rasulullah S.A.W aku menjadi umat ya Maulana ya Habibina.....aku mengharap pada Allah tuhan yang mengizinkan segala kejadian agar diberi akan daku cinta yang begitu kuat pada Saiyidina Rasulullah S.A.W..amin.amin...
Sempena eidul fitr ini saya ingin menyampaikan Salam eidul fitr pada seluruh umat islam yang melata di bumi Allah ini. Sebanyak-banyak kemaafan dipohon atas segala kesalahan zahir dan batin yang pernah dilakukan....
Hidupku bukan seqadar dunia yang mengejar akan redho manusia yang jahil tapi terlalu dan terlebih mengaharap dan mengejar redho Allah, mengejar redho Saiyidina Rasulullah S.A.W, Mengejar redho Maulana Syeikh ku dan mengejar redho ibu bapaku...aku takut jika tidak ada apa yang akan aku bawak ke tempat ini
itu lah tujuan kehidupan ku untuk masuk ke alam barzakh..dunia dijadikan tempat beribadat, tempat untuk bercucuk tanam..mohon pada Allah melalui hak-hak orang-orang beriman, melalui insan mulia yang paling dekat dengan Allah iaitu Saiyidina Rasulullah S.A.W, aku memohon agar diberi kesempatan untuk aku bertaubat, agar diberikan aku kesempatan untuk mendapat redho Allah.....sebelum aku masuk ke liang lahad....amin.amin.