Assalaamualaikum w.b.t
Tetiba je teringin berblog plak...dah lama tak berblog...hehehehe...
di sini ada sedikit perkara mahu dikongsi...
1. Selalu kita bercakap mengenai duit...
duit memang suka bagi kita serabut..
hehehhe tak serabut cam ner tak der duit tak leh la nak makan..
2. selalu kita bercakap tentang kerja...
sampai bila pun keja tak abis..
hehehehe..
selalu kita sibuk hal dunia...
memang dunia dah cam ni...
sehingga terpahat didalam qalbu dunia adalah segalanya..
Pernah kita tanya diri kita...
Pernah kita kata pada diri kita...
Zaman sekolah rendah penah Ustaz aku tanya sebab nak jawab soalan pafa...
ustaz : rukun iman ada berapa
aku : ada 6 ustaz..
ustaz : boleh awak bagitau?
aku jawab dengan penuh yakin( sebab aku dah hafal dah hehehehe)
1. Percaya pada Allah
2. Percaya pada Nabi
3. Percaya pada Kitab
4. Percaya pada Malaikat
5. Percaya pada Qada dan Qadar
6. Percaya pada Hari Kiamat
Alhamdulillah...dapat jawab sebab hafal...
sekarang umurku menjangkau 24 tahun..
maka timbul la persoalan dalam diri aku setelah kelas demi kelas aku pergi ( usaha saja )..
aku cakap aku percaya pada Allah...
tapi perbuatan aku macam tak takut pada Allah ja..
aku cakap aku percaya pada Saiyidina wamaulana Rasullullah S.A.W..
tapi syariat dia banyak aku tak buat pun
aku percaya pada Qada dan Qadar...
tapi kalo apa-apa terjadi kira nak marah je..tak leh nak redha..tak leh nak percaya kira nak membangkang je aper yang Allah telah atur...tapi tahu setiap perkara tu boleh tidak boleh mesti Allah yang izin....
abistu perkara yang tak elok berlaku kepada diri kita tu nak kata Allah tak reti nak mengatur? astaghfirullah hal azim...subhanallah...
dah jatuh syirik kalo aku kata cam tu...
aku sepatutnya kene tgk balik...
time aku mengikut kehendak nafsu amarah semata-mata...
dosa yang aku penah lakukan..
dan sepatutnya aku ni hambaNYA..memang patut aku kena redha dengan setiap perkara yang telah diatur oleh Allah..
disini aku menyeru agar kepada pembaca-pembaca...
marilah kita bersama-sama jadi muslim sejati..
bukan muslim hanya pada nama dan baka....
kerana mati itu pasti...
kerana azab kubur itu pasti...
kerana azab Allah itu pasti....
kerana azab Allah itu teramat perit...
kehidupan sebenar bukan nya disini ( dunia )
kehidupan sebenar adalah akhirat...
jadi meri kita melebihkan akhirat yang kekal selamanya didalam qalbu kita...
tapi tak bermakna kita tinggalkan dunia...cuma jangan jadikan dunia ini didalam hati kita...kerana dunia dikenal sebagai DARUL A`mal( tempat beramal)...
wallahua`lam...
Posted by
ridhuan
comments (0)