YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada

Assalaamualaikum dan salam sejahtera.. Pertama sekali ingin ku memanjatkan kesyukuran ku kepada empunya segala syukur..Allah s.w.t.. Selawat dan salam atas insan junjungan yang dikasihi saiyidina wa habibina wa shafiina wa maulana Rasulullah s.a.w..Kerana baginda lah baru dapat aku mengecapi nikmat beragama islam..

Dah 2 tahun bersama isteri menyambut ramadhan al- Kareem. Bulan yang penuh kenikmatan, bulan yang dilimpahi nikmat-nikmat beramal hanya semata-mata ingin mencari redho Allah s.w.t. Dalam sedar mahupun tidak. Aku telah sampai pada 17 ramadhan. Pada bulan-bulan lain tak terkecapi nikmat beramal seperti ini. Namun aku masih lagi lalai dengan apa yag ada disekeliling.

Walaupun lalai, Alhamdulillah masih terdetik di hati ni nak berubah dan terus berudah dalam mencari redho Siayidina Rasulullah dan Redho Allah s.w.t. Harapanku moga bertambah-tambah lah semangat dan azam untuk menjadi lebih baik dalam mencari redho Allah S.W.T. Ameen. Masih sempat selagi belum sampai ajal.

Assalaamualaikum w.b.t...Selamat menyambut ramadhan al-karim...moga bulan yang mulia ini dapat menjadi bulan tarbiah pada diri saya dan umat-umat islam sekalian. ameen. Emm sebenarnya post ni ada lah untuk cbr yang di test drive mlm tadi di restoran wadi al-nile. Sembang dengan abg yunus, abg ismail dan abg am ( sepupu abg yunus). Sambil minum syai pudina susu.

Banyak jugak ilmu berkaitan sukan motosikal berkuasa tinggi. Sembang punya sembang tetiba abg am suh aku try drive CBR 250 dia. Aper lagi dalam hati ni duk berbelah bagi lagi. Nak bawak @ tak nak bawak. Malu punya pasal sambung balik bersembang. Apa pun review seorang yang berpengalaman dalam superbike ni, cbr ni tak laju, tak power, lajak tak dak ( jalan straight 150kmj limit ) tapi satu je ayat dia yang tak leh tahan. Walaupun CBR ni tak laju tapi best. Huhuhuhu. Semakin membara la nak test drive ni. Citer lagi abg am ni, kalo moto power sekali pun itu moto punya pergi ( kekuatan moto la ) belum rider punya pergi ( makna skill rider pun penting jugak ). Abg am kata memang CBR ni dicipta untuk handling yang baik.  Harga pun murah dari KAWASAKI NINJA 250. RM 18k+ tapi berbaloi pakai. Huhuhuhu.

Last-last dah keje dok citer pasal moto je, aku terus test drive lah. Pusing area kedai makan tu. Rupa-rupanya memang best moto ni. Rilex je, ringan pun ringan. Maka timbul lah niat di hati nak rembat satu. Hehehehe. Tapi kene tunggu keadaan kewangan mengizinkan lah. Huuhuhuhu. Pada pendapat saya, kawan-kawan yang baru nak berjinak-jinak dengan superbike ni saya rasa CBR 250 ni sesuai la kalo nak belajar. Persedian sebelum bawak moto yang CC dan HP yang lebih besar. Suker benar aku dengan superbike ni.

hehe. ok tu je review tak dapat pakai pun dah test drive tu kira ok lah. Alhamdulillah.
wasalam.

Yang Sudi