YANG SEMENTARA

Sekadar Berkongsi Apa Yang Ada


Dengan nama Allah ar-rahman dan ar-rahim, solawat dan salam keatas wa maulana wa habibina saiyidina Rasulullah S.A.W, pada keluarga baginda yang dicintai, pada para sahabat baginda yang dicintai dan pada wali-wali Allah yang dicintai.

Oleh Kerana cerita ini mengisarkan aku dilahirkan kedunia oleh Allah atas SEBAB kedua orang tuaku, maka SALAH SATU CARA penghargaan istimewa yang tak tak terhingga nilainya kepada mereka adalah post mengenai mereka insan yang ku cintai. insan yang aku cintai selepas Allah, Saiyidina Rasulullah dan Wali Mursyidku. Insan yang mana tak akan ada dua yang sama dengan mereka kerana satu-satunya mereka itu ibu dan ayah yang melahirkan kita.

Telah kita ketahui janin yang terbentuk dari sperma sang ayah dan ovum sang ibu. Tetapi sayang, hanya ibu sahaja mendapat credit atas melahirkan seorang anak. Jika tidak ada sperma sang bapa maka tak ada lah jadinya seorang anak. Jadi tidak patut aku mengatakan bahawa ibu saja yang patut aku kenang. Sedangkan sang bapa keluar mencari nafkah dan memberi kasih sayang juga dari aku kecil hingga aku besar. Adakah semua yang mereka lakukan itu memerlukan bayaran atau balasan??? tidak mereka lakukan semua itu atas asbab terzahir ada didalam mereka yang kita namakan ar-Rahim Allah.

Ayah ku dikala aku kecil sering memarahi ku atas kenakalanku ( zahir lagi kasih sayang). Ibu sering memujukku setelah aku dimarahi (kasing sayang ibu lebih zahir dari ayah). Tidak pernah perut aku sakit dikala aku terasa lapar, tidak pernah aku merasa tersisih jika aku kesunyian, tidak pernah aku rasa dahaga akan kasih sayang kerana mereka itu ikhlas dalam memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya. Dengan izin Allah azzawajalla aku membesar dalam keadaan kasih sayang ibu dan ayahku. Jika nak di senaraikan apa yang telah mereka lakukan, sampai kiamat pun aku tak terbalas atas pengorbanan mereka mebesarkan ku.

Tetapi waktu berjalan begitu cepat sehingga aku selalu terlupa akan apa yang pernah aku dapat dari keluarga yang bahagia ini. Apa yang diertikan dengan kematangan oleh aku sering membuatkan aku lalai ( nafsu amarah semata ). Mendapat cinta yang bukan hak ( cinta atas nafsu semata ), mendapat cinta dari bisikan syaitan sehingga buta mata dan buta hatiku. Titik-titik hitam menyelubingi qalbu ku ini sering membuat aku menjadi seorang yang kuat membangkang ibu dan ayah. Tetapi ibu dan ayah tetap menyayangi anak mereka ini dengan penuh kasih sayang. Aku selalu meyalahkan ibu dan ayah ku ( sedangkan aku yang bersalah pada ibu ayah ku ), tetapi mereka tetap menerima dan menyayangi seperti tidak ada apa berlaku.

Sehingga mana hati ini diselubingi oleh nafsu kotor dan bisikan syaitan sehingga perbuatan aku menghancurkan hati ibu dan ayah ku. Hati orang yang membesarkan ku dengan kasih sayang. Hati yang bersih suci atas qada dan qadar Allah azzawajalla pada mereka. Sanggup aku kecaikan sehingga menjadi debu-debu halus. Kerna ingin mendapat redho orang yang belum tentu kepunyaan ku. Sedangkan aku tahu Allah tak redho kecuali redho kedua ibu bapa.

Selama mana aku mengabaikan diri aku dari mencari redho Allah, redho Saiyidina Rasulullah, sehingga suatu ketika di detikkan oleh Allah padaku bahawa sampai bila akan aku menungkat langit? sampai bila aku hidup kat dunia ini? yang hidup pasti mati, dan mati itu selamanya dan tidak ada lagi ruang untuk aku berpatah balik dalam mencari redho Allah.

Sehingga kini aku masih berusaha dalam mencari redho Allah, mencari redho Saiyidina Rasulullah, Redho Wali Mursyid dan redho ibu ayah. Kerna redho ini adalah cinta yang akan menjadi kemanisan dalam menjadi HAMBA ALLAH. Tanpa asbab aku ke dunia maka aku tak akan kenal erti apa tujuan sebenar aku dilahirkan ke dunia. Tanpa asbab aku ke dunia maka aku tak kenal apa itu erti kasih. Tanpa asbab aku ke dunia maka aku tak akan kenal apa itu ibu bapa, aku tak akan kenal perit gerih menjadi seorang ibu dan seorang ayah dalam mebesarkan seorang anak. Ini insan yang paling berharga dari seluruh harta-harta didunia. Itu lah memiliki seorang ibu nasab dan Ayah nasab yang sangat pengasih dan sangat penyayang. Sama ada aku buta mata atau buta hati adalah bersebabkan oleh nafsu dalam diri aku sendiri. Bukan salah orang lain, tunjuk dulu pada diri sendiri.

Aku kembalikan syukurku ini pada empunya segala syukur kerana di kurniakan ibu dan ayah seperti mereka yang tak akan aku jumpa sampai bila-bila dan aku kembalikan segala syukurku pada empunya segala syukur kerana dikurniakan 2 orang adik yang dikasihi.

Jadi, sementara masih ada jagalah mereka. Jangan menyesal bila mereka telah dipanggil oleh Allah untuk selamanya dan jangan menyesal apabila kita sendiri dipanggil oleh Allah untuk selamanya.


Selamanya Kamu didalam hatiku..love u mama love u ayah love u haziq love u fatin....

Yang Sudi